Skip to main content

Posts

KATA AHLI PERNIAGAAN DAN PAKAR KEWANGAN MENGENAI EMAS SEBAGAI PLATFORM SIMPANAN/PELABURAN

Apabila berbicara mengenai perihal kewangan peribadi, ramai orang lebih memilih untuk menyimpan wang hasil kerja keras mereka dalam bentuk simpanan wang kertas atau lebih dikenali sebagai 'fiat money' . Walaupun ini kelihatan agak baik, tapi seharusnya kita mula sedar bahawa wang kertas ini nilainya semakin susut dari tahun ke tahun dek kerana inflasi dan dalam keadaan yang lebih menggerunkan, mudah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mengawal matawang tersebut. (Boleh lihat artikel sebelum : Keadaan di mana negara zimbabwe nilai matawang menjadi kurang bernilai akibat tindakan kerajaan mencetak wang secara berlebihan).  Itulah sebabnya, anda mungkin sudah boleh menilai kaedah lain yang boleh menyelamatkan nilai simpanan hasil kerja keras anda .  1. Robert Kiyosaki -'Bagi sesiapa yang ambil kisah mengenai perihal kewangan mereka', ini adalah masa yang sesuai untuk anda tahu wang kertas mudah dimanipulasi' -Kata Robert Kiyokasi, sebelum tahun 1944, ketika mana sebe...
Recent posts

MENGAPA EMAS PENTING : SEMUA PERKARA YANG ANDA PERLU KETAHUI

Emas. Berkilat kekuningan, tidak berkarat dan reput. Menjadi tanda tanya, kenapa logam ini begitu bernilai sehingga menjadi satu alat simpanan juga pelaburan. Emas bukan sahaja dijadikan simpanan untuk individu, tetapi emas turut disimpan oleh sesebuah negara sebagai 'Reserve' yang akan digunakan sekiranya berlaku sesuatu masalah ekonomi di luar jangka. Wow! Rupanya emas ada kegunaan lain selain dipakai sebagai barang perhiasan.  Mengapa emas perlu dijadikan sebagai salah satu portfolio simpanan/pelaburan anda : 1. Di luar kawalan kerajaan.  > Emas tidak dapat dikesan jumlah simpanan yang berada pada individu. Anda simpan, anda guna. Tiada rekod yang jelas untuk dikesan berbanding simpanan wang di bank. Hal ini menjadi salah satu sebab walaupun seseorang yang diisytihar muflis, masih mampu menyimpan emas untuk kegunaannya. Menarik kan. Ini bermakna anda beli emas, anda simpan. Tak dapat dikesan!                       ...

NAK MULA BERUBAH ? JOM FOLLOW 6 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Dalam kehidupan seharian, Wang merupakan satu perkara yang penting. Tiada wang, maka kita hidup dalam keadaan susah dan tidak terarah.  Tidak dinafikan, wang bukanlah segalanya, tetapi hampir banyak perkara dalam kehidupan perlukan wang untuk hidup. Kan? Nak beli makanan, nak bayar sewa rumah, nak beli kereta dan seumpamanya. Jadi, untuk menghadapi kehidupan yang serba mencabar ni, mahu atau tidak Ilmu Pengurusan Kewangan merupakan satu ilmu tambahan yang perlu ada bagi seseorang individu tersebut.  Jom semak asas kewangan yang patut kita tahu.  1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan Bila dah tiba hari Gaji, itulah saat di mana kita akan senyum lebar sampai nampak gigi. Tapi, senyuman tersebut tak akan berkekalan sekiranya anda jenis belanja tak tentu pasal. Contohnya, pagi tu dapat gaji. Tengah hari tu anda ke pasaraya Sogo nak shopping. Reward diri la katakan. Anda masuk kedai , terus beli macam-macam sampai duit gaji anda tadi tingga...

PRESTASI HARGA EMAS : BERBALOI KE SIMPAN EMAS NI?

Tahniah bagi sesiapa yang sudah mula menyimpan emas Public Gold ! Yelah, bukan senang nak mula simpan dan ketepikan niat dan keinginan untuk berbelanja pada masa sekarang untuk kegunaan masa hadapan.  Bagi yang masih memikirkan untuk simpan emas bersama Public Gold, tak mengapa, fikirkan dengan sebaiknya. Duit gaji kita adalah hak kita. Kita yang tentukan arah mana yang perlu disimpan atau dilaburkan. Tapi, jangan terlalu lama ye, takut fikir punya fikir, Eh 'Harga Emas sudah naik Laaa' :D Alamak ! Dalam posting kali ini, saya nak tunjukkan berkaitan trend kenaikan harga emas. Untuk makluman korang, simpanan emas ini merupakan simpanan jangka sederhana panjang ya.  Kena Jelas berkaitan tu . Ramai salah anggap bahawa bila beli emas je, akan untung dalam masa yang singkat ( Kurang Setahun ) . Kena faham bahawa dalam tempoh jangka pendek, harga emas akan berlaku kenaikan dan juga penurunan disebabkan faktor pasaran. Perkara ini biasa ye semua. Jadi, bagi yang nak mula simpan e...

APA MATLAMAT KITA SIMPAN EMAS ? JOM CHECK IT OUT !

Emas ni merupakan salah satu logam berharga yang sangat berguna untuk kehidupan manusia. Emas ni boleh dijadikan : A) Barang kemas : Bagi ketulenan emas 916. B) Penyimpanan/Pelaburan : Bagi ketulenan emas 999. Apa beza ketulenan ni? Jom check sama-sama : Perbezaan antara emas 916 dan 999 Nampak kan perbezaan tersebut ? Jadi dah tahu perbezaan ini, barulah jelas matlamat kita nak simpan emas berbentuk jongkong atau emas perhiasan . Jadi, sebelum beli emas tu kita kena tahu kategori pembeli/penyimpan emas. Ada 3 kategori kalau nak tahu : A) Penyimpan emas : Penyimpan emas ini merupakan individu yang mula nak simpan emas, dengan matlamat dan tahu kenapa dia nak simpan. Kategori ini macam orang kebiasaan, baru kerja, baru nak mula kehidupan selepas alam belajar, jadi duit tak berapa nak banyak. Jadi, mula simpan sikit demi sikit. Emas harga naik atau emas harga turun, dorang ni kekal je konsisten simpan emas dan tak terkesan dengan faktor tersebut. Yang dorang tahu, tujuan menyimpan. ...

Jom Mula Simpan Emas dengan Public Gold

Nak mula simpan atau mula melabur emas ni, kita kenalah kena kaji beberapa perkara : HAA.. antaranya : 1. Prestasi dan sejarah syarikat : Public Gold dah beroperasi lebih 10 tahun. Setakat ini tiada aduan pelanggan Public Gold tak terima emas fizikal setelah pembelian. Beli EMAS, mesti dapat EMAS ye. Bukan beli atas talian je. 2. Cawangan yang banyak : Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Best! Sekiranya anda orang Selangor, tetiba nak jual emas atau beli Emas di Kelantan ke, boleh je! Sebab tu bila banyak cawangan, lebih memudahkan urusan kita. Branch yang banyak ni juga menunjukkan perniagaan Public Gold semakin dikenali dan mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.  3.  Syarikat patuh syariah : Syarikat Public Gold telah diiktiraf sebagai syarikat emas yang patuh syariah dan telah mendapat lesen daripada Amanie Advisors! Kalau kita seorang muslim, sijil patuh syariah ini sudah semestinya memberikan kelegaan kepada kita. Ini menunjukkan setiap transa...